najwa ilhami

Verily, with hardship comes ease [94:5] ✿
Assalamu'alaikum & holla people! Nothing special here, just some random stories kehkeh. Please navigate around happily :D Not interested? click EXIT.
WELCOME HERE
29 March 2016 • 01:18 • 0 Bubbles

--- sambung day 2 punya cerita yuk!


Lepas kumpul semua kat puncak, amik gambar reramai then pukul 6 petang tepat kitorang "angkat sauhhhhh" aka angkat beg memasing untuk teruskan perjalanan kami eceh. Masa tu kitorang nak menuju ke Dataran Pacat and semua dah kena readykan head light or torch light memasing since langit dah nak gelap. Yang paling tragis cik Najwa tak bawak head light mahupun torch light ye kengkawan, sebab misplaced dalam rumah sendiri. Sebaik ada si gentle yang bagi pinjam torch light dia ha kau, sampai malap lampu dia wa guna hahaha thank you ye jasamu dikenang! Jalan kali ni pun boleh dilabelkan as susah sebab menurun dia tu agak curam, so banyak kena guna tali and berpaut kat akar untuk turun. Bayangkan ye, dengan kaki yang tengah lenguh lagi tu kita kena lompat untuk turun kalau tinggi sambil pegang torch light. Rasa cam badan and kaki ikut je flow jalan tu macam mana hahaha.


Beberapa jam kemudian, jeng... sampai pun Dataran Pacat! Semua sampai terus lepas segala beg, duduk berlunjur tumbuk kaki memasing yang dah macam nak luruh tu. Tapi tu bukan last point untuk haritu ye ananak. Dedengar cikgu still tengah decide whether nak tidur kat situ ke nak teruskan jalan ke Kem Lolo which is tempat yang sepatutnya kitorang tidur malam tu. Tengok jam dah nak pukul 9 malam fuhhh *kesat peluh* Tapi pape pun masa tu, cikgu decide untuk isi perut dulu untuk tambah tenaga yeay! Encik Guider pun dengan rela hati (ceh) nak amikkan air sebab waterpoint jauh dari situ and masa tu pun gelap sangat. Turut disertai oleh some of the boys yang rela hati hahaha, diorang kumpulkan botol air semua orang so... thank you thank you *tepuk tangan*
Highlight of the day;
Sebelum deme nak gi amik air tu diorang kira total orang yang ikut, ada 13 orang. Then nampak la muka memasing yang gelisah gilos time tu, kitorang yang girls pun dah macam "eh leklok tau korang, jangan jatuh tau korang" *muka serious* Tengok cikgu pun cam risau. Okay, diorang start gerak and kami yang tinggal pun cam restless sambil tunggu then ada yang start baring berbantalkan beg memasing. To be honest, kitorang terlelap masa tu..... then tetiba dengar cikgu cakap "mana diorang ni, saya pesan tadi kalau dah setengah jam jalan tapi tak jumpa waterpoint terus patah balik, ni dah nak sejam dah ni." Masa tu kitorang dah start risau, tapi still dalam position tadi (baring sambil terawang-awangan kehkeh) Then tetiba dengar suara reramai seslow "satu... dua... tiga... cikgu!!!!!" Kali ni serious kitorang yang mamai tadi terus bukak mata pastu duduk sebab terkejut, hilang dah segala ngantuk tadi tu wei meremang habis la cite dia. Cikgu pun terkejut, "eh kenapa tu, ada something wrong ni" sambil pakai kasut cecepat. Girls semua cam "ya Allah, risaunya" "kenapa tu" "eh kitorang kena tunggu sini ke nak kena ikut cikgu ni" "malam ni kita tidur sini la kot nampaknya" Bayangkan situation dia macam mana, dengan gelap dah lewatnya haih Allah je tahu cane kitorang rasa masa tu T_T lama sikit tetiba dengar diorang kira balik "satu! dua! tiga!....." memang semua fokus kat suara tu je sebab nak dengar cukup ke tak, pastu lastly "tiga belas!" terus lega sangat alhamdulillah. Then memasing datang dengan muka yang gembira ecewah.
Lepas tu masak maggi sesama then makan reramai, nyum nyum nyum gitew. Then kemas cecepat sebab nak gerak balik pukul 11. Okay masa ni cikgu tetapkan girls (8 orang) semua kena depan sekali belakang cikgu sebab kalau boleh memang nak sampai cepat. Serious masa ni paling rabak, kaki terpeleot tu toksah cerita le dah bape kali hahaha dengan hujung jari dah pedih. Memang kena speed kalau tak kena tinggal fuhhh emotional habis :b

Finally dalam pukul 1 pagi sampai pun Kem Lolo!!! *big claps* alhamdulillah hilang segala beban. Letak beg, readykan tempat tidur apa semua then pi bersihkan diri buang segala yang tertahan hahaha. Nikmatnya bila dapat basuh muka dengan air sungai tu mashaAllah rasa cam nak berendam je. Then settle, letak je kepala *BAMMM* terus gelap tak sedar sampai pagi.

0 Comments posted :

Post a Comment


Stay or leave?




Others?




Read more?






<