najwa ilhami

Verily, with hardship comes ease [94:5] ✿
Assalamu'alaikum & holla people! Nothing special here, just some random stories kehkeh. Please navigate around happily :D Not interested? click EXIT.
WELCOME HERE
30 March 2016 • 17:04 • 0 Bubbles

Okay yang ni last day, tak berapa panjang sebab beban semua dah tinggal kat hari sesebelum tu kahkah.

Ahad, 13 Mac 2016
Pagi tu terbangun bila dengar bunyi burung nyanyi eceh, serious ni hahaha betul la ceria je ada bunyi burung. Then bebangun tu rasa cam eh leganya tidur, segarnyaaaaa! Tapi badan still lelenguh, pinggang ala ala nak tercabut gitu then kaki pun longgar sikit ha. Kitorang bangun terus bawak keluar mestin, dapur segala sebab excited nak terus masak breakfast ni :B memang niat nak perabih makanan je pagi tu hahaha, bawak keluar semua ha longgok! Pagi tu group kitorang buat satu periuk nasi goreng sila bayangkan ye kengkawan *check perut memasing*

Pagi tu cam santai sikit kat campsite sebab cikgu cakap 11 pagi dah kena siap kemas, cikgu faham semua orang tak cukup rehat cewah. Boys majoriti gi mandi sungai sodap je ha terjun, kami yang girls still dengan malas kami kahkah. Memang dah niat nak pulun mandi bebersih kat toilet bawah nanti. Ok kami pun breakfast dengan meriahnya weeeee~ Sempat la berkenalan dengan 'Kiki Boy' sepanjang kat campsite tu hahaha siap dapat breakfast lagi dia tu, sebaik tak kacau orang.
Kiki Boy --- dog, jeng jeng jeng..... partner dia Kiki Girl, tapi masa kitorang turun tu Kiki Girl memang dah dekat bawah.
Ok tu je *lari*
Lepas kekemas, memasing start turun dengan semangat hahaha tashaber nak jumpa toilet masa tu. Sepantas kilat cewah, gurau je. Lenguh bohhh, hujung jari la paling seksa masa tu sebab jalan dia landai tapi menurun *bayangkan* Nak jalan biasa kena tahan sebab takut tergelincir, nak lari kang berguling cam hindustan sebab takleh stop. Longgar sangat wei tak tipu hahaha. Lepas dah jalan lama sikit tu finally, alhamdulillah... NAMPAK TANDAS!!! NAMPAK GERAI JUAL AIR!!! *campak beg lalu menyerbu gerai air* kahkahkah.


Semua orang dah sampai bawah, ok time ni berebut toilet pulak hahaha excited dapat wangi after 3 days berbusuk-busukan :B amik gambar apa semua terus gerak balik weee~ For short, trip kali ni boleh kata adventurous! Big thank you untuk semua yang terlibat arigatou gozaimasu *big bow*

 
"BIAR PENGALAMAN MERENTASI SEMPADAN"

0 Comments posted :

Post a Comment


Stay or leave?




Others?




Read more?






<